Isnin, 8 Februari 2016

Tutor 1 : Mendaftar Dengan BLESS



Salam Sehati Sejiwa

Bagi memulakan tutor cara-cara untuk mendaftar BLESS, ada 2 perkara penting yang perlu ada sebelum mendaftar iaitu ;

  1. Kad Pengenalan Pemilik Syarikat / Pemohon
  2. Emel
Perlu diingatkan, sistem BLESS hanya boleh dilayari menggunakan Mozilla Firefox yang telah dikemaskini sahaja. Pelayar Web lain tidak akan dapat menyokong sistem ini.

Langkah Pertama :

Sila layari http://open.bless.gov.my 



Anda akan melihat paparan seperti gambar di atas. Setelah itu, sila klik Login To BLESS seperti yang anak panah tunjukkan di dalam gambar di atas.



 Langkah Kedua :
  
Bagi meneruskan proses pendaftaran, sila klik To Register With BLESS, Click Here

Sila rujuk anak panah



 Langkah Ketiga :
  
Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan berikut ;




 Langkah Keempat :
  
Isi semua Butiran yang dikehendaki.




Di bahagian ini, anda perlu memahami beberapa kesalahan utama yang selalu dibuat oleh para pemohon ;



  • User ID : Sila masukkan nombor MyKad tanpa ada tanda –
  • Name : Sila masukkan nama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan anda. Kebiasaan kesalahan yang dibuat adalah tidak mengikut seperti di dalam MyKad. Contohnya, nama di dalam MyKad Mohamad Jasni Bin Jailon@Jaikun tetapi di dalam pendaftaran ditaip Mohd Jasni Bin Jailon @ Jaikun. Ianya perlu mengikut ejaan dan "space" yang betul seperti yang tertera di dalam MyKad.
  • Adress : Ini adalah kesalahan yang biasanya dibuat oleh pemohon. Sila masukkan alamat mengikut baris seperti yang tertera di dalam MyKad Pemohon. Di dalam permohonan yang ditunjukkan di atas, alamat pemohon seperti di dalam MyKad adalah ;

MDLD 4251, Lot 4
Jalan Silam
Taman Pertama
91100 Lahad Datu


  • Oleh itu, ianya ditaip mengikut baris seperti yang tertera di dalam MyKad Pemohon.
  • Jangan lupa untuk klik pada kotak kecil di bawah sekali setelah mengisi kesemua butiran.

  •   Setelah itu, anda boleh klik pada SUBMIT. Anda akan mendapat mesej dari sistem seperti di bawah ;




 Langkah Kelima :
  
Buka Emel anda.




 Anda akan satu emel bertajuk " BLESS e-Registration Validition" yang di dalamnya akan ada satu pautan (seperti yang saya bulatkan di dalam gambar di atas". Copy (Control + C) pautan itu dan Paste (Control + P) pada ruangan address di pelayar web anda.

 Setelah anda melakukan langkah ini, anda akan diberitahu yang akaun telah diaktifkan. Sila rujuk gambar di bawah ;




 Langkah Keenam :
  
Sila masukkan USER ID dan PASSWORD Anda di dalam ruang yang telah disediakan.



Setelah anda memasukkan ID dan Password, anda akan masuk ke paparan berikut ;


Jika anda dapat melihat paparan seperti di atas, bermakna anda telah berjaya untuk mendaftar dengan Sistem BLESS.

Sekian, tutor kita yang pertama. Tutor kedua adalah mengenai "UPDATE PROFILE"





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan